-->
Sweet sour bitter salty of love

17 January 2013

sama kuat,sama hebat

  

Sama Kuat, Sama Hebat

Kota Bharu, 15 Jan - Perlawanan tumpuan antara juara Treble, Kelantan dan barisan “bintang” dari selatan tanah air, Darul Takizm FC berakhir dengan keputusan seri 1-1 pada aksi Liga Super yang berlangsung di  Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi.
Bermula babak pertama, kedua pasukan mempamirkan corak permainan pantas dan saling berbalas serangan. Darul Takzim FC, terlebih dahulu menguji gawang Kelantan menerusi sepakan akrobatik penyerang negara, Safee Sali namun Khairul Fahmi cemerlang menafikan percubaan tersebut.

Norfarhan Muhammad menceriakan hampir 25,000 penyokong yang hadir apabila merembat kencang merobek gawang Darul Takzim FC pada minit ke-37. Gol berpunca dari larian solo Norfarhan yang akhirnya disudahkan menerusi rembatan kaki kanan yang gagal diselamatkan penjaga gol pelawat, Zamir Selamat.

Kelantan kemudian menggandakan asakan menerusi gandingan Norfarhan dan Indra Putra namun gagal menambah jaringan.

Pada minit ke-61, ketua pasukan, Piya nyaris menggandakan jaringan namun rembata kencang beliau hanya mampu singgah di palang gol tatkala Zamir sudah tertewas.

Darul Takzim FC akhirnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan pemain import dari Sepanyol, Daniel Guiza menerusi sepakan percuma pada minit ke-63. Gol itu sekaligus merancakkan lagi perlawanan namun kedua-dua pasukan buntu untuk mencari gol kemenangan.

KESEBELASAN UTAMA:

KELANTAN: Obinna Nwaneri, Nik Shahrul Azim, Shakir Shaari, Norfarhan, Zamri Ramli, Daudsu Jamaluddin, Badhri Radzi(KP), Khairul Fahmi(PG), Keita Mandjou, Indra Putra dan Zairul Fitree.

DARUL TAKZIM FC: Aidil Zafuan, Safiq Rahim, Norshahrul Idlan, Safee Sali, Azmi Muslim, Nurul Azwan Roya, Ezrie Shafizie, Zamir Selamat(PG), Faizal Mansor, Muslim Ahmad dan Simone Del Nero.

KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER (15 JAN 2013)
Kelantan 1-1 Johor Darul Takzim FC
Pahang 2-1 Negeri Sembilan
Terengganu 1-2 Selangor
ATM 3-0 T-Team
Perak 0-1 Felda United FC
Selangor PKNS FC 1-0 Lions XII FC
Posted by Prince Love 0 comments

28 June 2012

Nota Diri Penyeri Hati

Nota diri di kala sepi dan menyendiri. Kadang pilu kadang hepi. Entah apa yang dicari. Kesana kemari mengejar bayang mentari. Subuh berlalu tanpa disedari. Perut yang kosong kena isi. Ruh yang lapar pun kena di isi. Baru sihat dan kuat jatidiri. Fakih dalam zuhud di medan ilmu. Perkasa iman untuk tawadduk dan khusyuk di jalan amal. Menadah pada yang ada. Memohon pada yang kuasa. Kita hamba di bumi yang fana. Semoga sedikit nota diri ini ada nota kakinya.

***
Sabar itu separuh drp iman. Rejab bulan perubahan untuk tingkat iman & amal menuju Syaaban dan kemuliaan Ramadan. Muhasabah diri dan ikhlaskan hati. Sudah 15 Rejab hari ini. Apa lagi di tunggu. Jom tingkatkan iman dan amalan diri. Teruskan perjuangan !!

***
Solat tiang agama. Tidak terlepas tanggungannya walaupun sakit dan uzur. Jika tidak boleh berdiri, maka duduk, mengiring, baring, jika masih tak boleh maka isyaratkan guna mata, dan akhir sekali isyarat hati. Begitulah telitinya tuntutan solat untuk ummat. Qada solat pula tidak terikat dgn waktu. Teruskan qada solat semampunya menggantikan solat2 yg pernah tertinggal. Semoga solat kita di terima Allah. Semoga jijik melihat dosa.

***
Alhamdulillah kerana sedekahkan buku kecil Wirid Al-Ma’thurat ini. Buku kecil dan ringan yang boleh menjadi asbab pahala yang besar dan berat. 

***
Plan Bertindak:
1. Jangan Mengumpat kalau tak mau rugi
2. Banyakkan sedekah kalau mau untung.
***
Teruskan doa menaruh harap pada Allah dgn penuh ikhlas. Semoga ia menjadi doa mustajab dan diperkenankan Allah segala pengharapan itu.

***
Surah al-Ikhlas adalah asas aqidah dan tauhid. Begitu signifikan dan banyak fadilatnya. Amalkan membacanya dan faham maknanya. Seterusnya pegang sekukuhnya dalam hati sampai mati. Dan beramal dalam kehidupan.


***
Ushakan untuk memahami ayat2 yg kita baca dlm solat. Semuanya doa yg indah. Bersihkan hati dari sifat2 mazmumah. Pengharapan hamba pada Rabb nya. Jangan putus asa. InsyaAllah suatu ketika nanti khusyuk akan tercapai jua.

***
Alhamdulillah semoga terus usha untuk meningkatkan quality solat. Solat yg baik bisa menghalang maksiat dan menjadi asbab untuk hidup yg lebih barokah.

***
Sama2 cari ilmu dan suluh diri sendiri. Semakin meningkat tahap ilmu dan amalan semakin power godaan nafsu dan ancaman syaitan. Orang kaya ilmu akan di gula2kan akan perihal kehebatan amal ibadahnya, hingga kekadang itu memandang rendah pula akan orang lain, terasa diri banyak membuat kebaikan dan kebajikan. Itulah hakikat kehidupan maka hati2lah soal hati ini agar tidak kecundang di hujung segala kebaikan diri.

***
Alhamdulillah kerana nikmat mata ini. Ada satu riwayat, di hadapan Allah pabila seorang alim berharap masuk syurga atas dasar amal soleh selama hidup, namun pabila di timbang dgn sekadar nikmat sebelah mata saja pun, tidak dpt mengatasi berat timbangan nikmat sebelah mata tadi. Maka haraplah kita redha Allah untuk ke Syurga-Nya. Terlalu banyak nikmat Allah untuk kita syukuri. Rabun mata juga sebagai peringatan bahwa nikmat Allah ini boleh ditarik bila2 masa kerana semuanya Allah punya, tiada yg kita punya. Itulah hakikat. Bergantung haraplah pada Allah.

***
Tiada yg bisa menghubungkan dunia dgn alam barzakh melainkan doa anak yg soleh, ilmu bermanfaat, & amal jariah. Maka anak yg soleh amat penting untuk kesenambungan hidup bukan saja di dunia malah berpanjangan hingga ke alam barzakh & akhirat. Jutru kita lipat ganda usha untuk jadi anak soleh dan untuk jadikan anak kita juga anak yg soleh. 

***
Sudah acap kita dengar kebaikan dan kehebatan Tahajjud ini, namun masih liat untuk bangun dirikan tahajjud & bermunajat kpd Allah SWT. Itulah antara kelemahan seorang hamba. Sesuatu yg mahal harganya perlu mujahadah dan susah payah. Allah SWT Maha Adil.


***
Beg baru di isi kain sembahyang. Di bawa ke masjid dirikan sembahyang...semoga Allah sayang.

***

Nota kakinya ialah hidup ini sementara. Nikmatnya pun sementara. Nikmat makan hilang bila kenyang. Nikmat minum lenyap bila hilang dahaganya. Begitu juga sengsara sakitnya atau batuknya jua hilang bila sudah sembuh. Itulah hakikat hidup sementara di dunia fana. Walaupun sementara kita duduk mengejar hingga lupa. Lupa bahawa segalanya bakal ditinggal. Oleh itu apa kata sibukkan dengan bekal yang bakal di bawa. Untuk nikmat yang kekal di Syurga atau sengsara yang kekal di Neraka? Dirikan solat2 sunat, tingkatkan zikrullah, mengaji Qur'an, dan sedekah. Kotor hati kita cucikan. Penyakit hati kita ubatkan. Amal2 fardu kita mantapkan. Yang masih keliru kita fahamkan. Cintai majlis ilmu, agar lara dan bodoh kita tidak lagi seperti dulu. Bangun bertahajjud malam ini supaya kita tidak rugi lagi pada segala hiburan dan ujian !!
Posted by Prince Love 0 comments

01 June 2012

CiNtA BuKaN aLaSaN






Sibuk bukan alasan yang tepat untuk melupakan pasangan. Sibuk juga bukan alasan yang baik untuk mengurangkan perhatian anda kepada dia. Asal tahu saja, rasa cinta tidak harus diwujudkan dengan duduk berdua di kedai kopi atau kafe, atau berkaitan intim di tempat tidur. Tanpa perlu menyita waktu, sebenarnya rasa cinta boleh diekspresikan sambil lalu, ketika baru saja bangun tidur atau ketika akan berangkat kerja. Orang bilang, bisa itu kerana biasa. Sekarang, tinggal bagaimana anda menjalankan niat atau keinginan anda. Kami menghimpun 25 cara mengekspresikan cinta, yang diambil adri berbagai sumber dan pengalaman peribadi. Cara ini bukan khusus untuk wanita atau lelaki, tapi untuk anda berdua. Semoga bermanfaat:


 1. Jangan pernah lupa mengucapkan "Selamat Pagi" secara langsung atau melalui telefon. Bangun tidur lebih baik
 2. Menanyakan bagaimana khabar dan perasaannya saat itu
 3. Memberi kucupan lembut di bibir atau pipi setiap bangun tidur atau hendak pergi
 4. Memberi pelukan hangat ketika hendak pergi 
5. Membelai dengan lembut dan mesra 
6. Makan malam berdua
 7. Membawakan minuman ketika dia pulang atau datang
 8. Mengucapkan kata-kata cinta
 9. Bercanda berdua dan bercerita pengalaman lucu 
10. Mendengar cerita atau pembicaraannya dengan antusias 
11. Menegurnya dengan alasan yang jelas bila ada masalah
 12. Mahu mengakui kesalahan dan meminta maaf
 13. Bertanya apakah dia menyukai barang pilihan anda 
14. Memberitahu pasangan apa yang sedang difikirkan 
15. Berjalan-jalan berdua
 16. Mengajaknya ke tempat-tempat romantis
 17. Memberi bunga atau hadiah kejutan yang tidak
 18. Memberi pujian atas apa yang dilakukannya
 19. Bersedia atau menawarkan bantuan 
20. Meneleponnya bila terlambat pulang atau datang 
21. Tidak ragu-ragu merangkul atau memeluknya di tempat umum
 22. Menyajikan masakan kesukaan
 23. Menyanyikan lagu kesukaan
 24. Membincangkan masa depan
 25. Mengucapkan "Selamat Malam" atau "Selamat Tidur
Posted by Prince Love 0 comments
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

The Owner :)

The Owner :)
Prince Love
* mohd shafiq izwan
* kulim,kedah
* 9A PMR 2012
I Love Her

Followers

Blog Archive

  • ▼  2013 (1)
    • ▼  January (1)
      • sama kuat,sama hebat
  • ►  2012 (15)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (3)
    • ►  January (6)
  • ►  2011 (16)
    • ►  December (7)
    • ►  November (7)
    • ►  July (2)
get this widget here



vintage

music

radar


Click here for Myspace Layouts
Powered by Blogger.