Titik perpisahan yang menyedihkan, Hamidan mengalami kecederaan paha dan tidak dapat meneruskan permainan pada separuh masa kedua. Kebanyakan penyokong mengharapkan gol dapat dihasilkan oleh beliau sebagai tanda hadiah perpisahan.
Dengan satu nota telah dititik sedemikian rupa, jasa Hamidan tetap dalam kenangan penyokong-penyokong hijaukuning.
Beliau dikhabarkan akan bertolak ke Ghana 17hb April ini untuk bersama keluarganya seketika dan bakal mencari pasukan baru untuk meneruskan kariernyA
Kedah yang semakin tertekan dengan prestasi hambar dalam saingan Liga Super bertindak menyingkirkan penyerang import, Hamidan Mohammed selepas pasukan itu tewas 0-2 kepada Sarawak di Stadium Darul Aman kelmarin.
Keputusan itu sekali gus menyaksikan Hamidan menjadi awang import ketiga disingkirkan skuad Kenari musim ini selepas tindakan sama diambil ke atas dua pemain dari Brazil, Daniel Baroni dan Danilo Rafael Dos Santos Vivaldo.
Jurulatih Kenari, Wan Jamak Wan Hassan berkata, Hamidan telah diberi peluang untuk membuktikan kemampuan tetapi persembahan pemain Ghana itu gagal memikat barisan kejurulatihan dan pengurusan.
”Hari ini (malam kelmarin) merupakan perlawanan terakhirnya dan kami mengucapkan terima kasih kepada Hamidan kerana memberi sumbangan yang baik kepada walaupun tidak membantu pasukan secara keseluruhan,” kata Wan Jamak.
JASAMU DIKENANG